You are using an outdated browser. Please upgrade your browser to improve your experience.

Bernama Online - 11 Restoran Terima Anugerah Thai Select Dari DITP Malaysia

2023-07-30  Bernama Online - 11 Restoran Terima Anugerah Thai Select Dari DITP Malaysia

KUALA LUMPUR, 30 Julai (Bernama) -- Jabatan Mempromosikan Perdagangan Antarabangsa (DITP) Malaysia, Kementerian Perdagangan Thailand, mengumumkan penganugerahan Restoran Thai SELECT, satu pengiktirafan kecemerlangan masakan dan kebudayaan asli Thai, kepada 11 lagi restoran tahun ini.


DITP Malaysia dalam satu kenyataan memaklumkan tambahan 11 restoran Thai SELECT itu termasuklah dua dalam Kategori Thai SELECT Signature, iaitu restoran Gai by Darren Chin dan LA Moon di Kuala Lumpur.


“Bagi anugerah Kategori Thai SELECT Classic diberikan kepada restoran Jatujak Bangkok Street Food, Mr. Tuk Tuk (IOI City Mall) dan Tommy Thongchai di Selangor serta beberapa lagi di Kelantan, Johor Bahru dan juga Brunei,” menurut kenyataan itu. 


Majlis penganugerahan berprestij yang berlangsung semalam (29 Julai), menandakan satu peristiwa penting dalam usaha mencari kecemerlangan kulinari secara berterusan dan mempamerkan pertumbuhan luar biasa gastronomi Thai di seluruh dunia.


Kenyataan itu memaklumkan bahawa, pada masa ini terdapat sejumlah 26 Restoran Thai SELECT di Malaysia dan sebuah di Brunei.


DITP berada di bawah Kementerian Perdagangan Thailand.


You may also be interested in