You are using an outdated browser. Please upgrade your browser to improve your experience.

Harian Metro Online - KOMUNITI MUHIBAH

2024-01-05 Harian Metro Online - KOMUNITI MUHIBAH

TROPICANA Alam yang bakal dilancarkan dalam masa terdekat menjadi penanda aras terbaharu projekperumahan di Puncak Alam, Selangor.

Dengan mengekalkan DNA Tropicana dan persekitaran gaya resort, projek perumahan itu berkeluasan146 hektar itu merangkumi gabungan warisan dan alam semula jadi yang tersendiri.

Keunikan projek perumahan terbaharu Tropicana Corporation Berhad itu adalah lapan ciri utama yangdiketengahkan iaitu denai joging, tasik, taman dan komuniti terkawal yang selamat.

Kelebihan lain adalah susun atur yang luas dan praktikal, berdekatan lebuh raya utama, kejiranandengan kawasan komersial mesra keluarga dan dikelilingi kemudahan moden.

Pengarah Urusan Tropicana Corporation Berhad, Ixora Ang berkata, selama beberapa bulan pihaknyabekerja keras untuk memperkenalkan pelan induk projek perumahan itu sebagai penanda aras baharu ditengah-tengah Puncak Alam.

Katanya, mereka teruja untuk mulakan perbandaran baharu ini yang direka bentuk di tengah-tengah tasikseluas dua hektar (lima ekar) yang tenang dan dikelilingi denai joging tepi tasik sejauh 1.3 kilometer sertataman pusat yang indah seluas 1.8 hektar.

"Ini juga salah satu perbandaran terancang pertama di Puncak Alam dalam persekitaran semula jadi.

"Projek perumahan itu dibayangkan sebagai komuniti muhibah, menggabungkan warisan dan alamsemula jadi sambil membawa anda lebih dekat dengan kemudahan moden serta keperluan hariandengan mudah di pintu rumah anda," katanya.

Menurutnya, terletak di tengah-tengah bandar Puncak Alam yang matang, projek perumahan itumenggabungkan alam semula jadi, taman pusat yang indah, tasik tenang dan rumah yang luas dalampersekitaran berpagar.

"Kami memanfaatkan demografi yang semakin berkembang Puncak Alam dan koridor pertumbuhan baratsecara keseluruhan.

"Daya tarikan kontemporarinya diperkukuhkan dengan penekanan Tropicana pada konsep dan rekabentuk yang inovatif, ruang terbuka yang luas dan banyak lagi," katanya.

Ixora berkata, fasa pertama projek perumahan itu menawarkan susun atur yang praktikal.

"Unit-unit ini direka bentuk dengan mengambil kira faktor persekitaran dan mengurangkan penggunaantenaga. Arkitek mereka bentuk bangunan yang menawarkan tingkap besar, pengudaraan yang betul danpintu masuk yang berkedudukan strategik menghadap ke utara atau selatan.

"Dari segi kemampanan, kami membawa kepakaran dalam perancangan induk untuk projek TropicanaAman dan Tropicana Heights dengan melaksanakan kerja infrastruktur utama yang lebih lengkap untukmenangani kesan pemanasan global seperti banjir kilat dan peningkatan paras CO2," katanya.

Pada masa sama, oleh kerana lokasi yang sudah matang, pemilik dan penduduk akan mendapatmanfaat daripada hab komersial di kawasan sekitar, kemudahan pendidikan, penjagaan kesihatan,rekreasi dan rumah ibadat berdekatan.

"Antaranya adalah pelbagai pasaraya, pusat membeli-belah, Universiti Teknologi Mara (UiTM), HospitalAl-Sultan Abdullah dan Puncak Alam Golf Driving Range.

"Kediaman ini juga terletak di lokasi yang strategik iaitu berhampiran dengan beberapa lebuh raya utamatermasuk Lebuhraya Bertingkat Damansara-Shah Alam (Dash), Lebuhraya Kuala Lumpur-KualaSelangor (Latar), Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE) dan Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE),"katanya.

Katanya, perbandaran ini pasti akan memartabatkan Puncak Alam sebagai nadi masyarakat seterusnyadapat memberi tambah nilai kepada masyarakat sekeliling.

"Kami berhasrat menjadikan projek perumahan itu menjadi lebih daripada sekadar pembangunankediaman iaitu sebagai tempat perlindungan di mana impian terbentuk, keluarga membina kenangan dansetiap pemilik rumah menemui kebahagian mereka.

"Matlamat kami bukan hanya untuk menjual rumah, tetapi untuk mengurus pengalaman, menawarkanrumah yang baik dan kehidupan yang sihat," katanya.

Tambahnya, sejak kempen pendaftaran awal dilancarkan, pihaknya merekodkan lebih 2,500 pendaftarberminat dan kira-kira 600 daripada mereka melawat galeri untuk mengetahui lebih lanjut mengenaipelan induk projek perumahan itu.


You may also be interested in