You are using an outdated browser. Please upgrade your browser to improve your experience.

Berita Harian - Kempen Pemasaran Hartanah Tropicana Dapat Sambutan Hebat

2022-07-11 Berita Harian - Kempen Pemasaran Hartanah Tropicana Dapat Sambutan Hebat

Kempen pemasaran Multi-Million Mania oleh Tropicana Corporation Bhd menyaksikan kejayaan yang memberangsangkan sepanjang tempoh kempen bermula 21 Januari sehingga 17 Jun lalu.

Pengarah Urusan Pengurusan Aset Kumpulan Tropicana dan Tropicana Gardens Mall, Andrew Ashvin, berkata kempen selama enam bulan itu berjaya menjana RM524.2 juta tempahan hartanah dan RM10.7 juta jualan runcit.

Beliau berkata, ia juga menarik lebih daripada 5,600 peserta bagi pertandingan bertuah yang menawarkan hadiah Edelweiss SOFO di Tropicana Gardens bernilai RM519,000.

"Kami gembira dengan sambutan positif terhadap Multi-Million Mania, yang dilancarkan sebagai cara memberi kembali kepada pelanggan dan komuniti Tropicana. Kempen itu, bersempena dengan pengalaman unik membeli belah turut mendorong lonjakan kunjungan ke Tropicana Gardens Mall.

"Jumlah pengunjung telah meningkat 241 peratus daripada 7,445 pengunjung harian pada Oktober 2021 kepada 17,995 pada Jun 2022," katanya selepas majlis pengumuman pemenang bertuah Multi-Million Mania di Petaling Jaya, baru-baru ini.

Ashvin berkata, tempahan hartanah sebanyak RM524.2 juta yang diraih sepanjang tempoh kempen itu merangkumi projek Gemala Residences di Tropicana Aman, Suite Servis TwinPines di Tropicana Grandhill dan SouthPlace Residences di Tropicana Metropark.

Beliau berkata, keistimewaan kempen itu turut memberi ganjaran kepada pembeli di Tropicana Gardens Mall.

Edelweiss SOFO, Tropicana Gardens menawarkan ruang kontemporari di mana perniagaan dan gaya hidup berada di satu lokasi sejajar dengan persekitarannya yang mewah di Tropicana Indah.

Ia adalah menara terakhir pembangunan bersepadu Tropicana Gardens seluas 17.6 ekar.

Edelweiss SOFO, Tropicana Gardens terletak bersama Tropicana Gardens Mall, pusat membeli belah terbaharu di Lembah Klang.

Hab komersial itu menawarkan gabungan unik gaya hidup, susun atur, tempat makan dan jenama hiburan.

Tropicana Gardens Mall adalah sejajar dengan pendekatan kumpulan terhadap prinsip alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) melalui reka bentuknya yang mampan.


You may also be interested in