You are using an outdated browser. Please upgrade your browser to improve your experience.

Utusan Malaysia - Tropicana WindCity Genting Highlands Dilancar

2022-06-23 Utusan Malaysia - Tropicana WindCity Genting Highlands Dilancar

PETALING JAYA: Tropicana Corp Bhd melancarkan Tropicana WindCity, pembangunan seluas 596 ekar di Genting Highlands, Pahang, baru-baru ini.

Dalam majlis sama, syarikat itu turut melancarkan T Privilege, program kesetiaan dipertingkatkan yang disandarkan oleh aplikasi mudah alih Tropicana 360.

Pengarah Urusan Kumpulan Tropicana, Dion Tan berkata, menerusi Tropicana WindCity, pihaknya merancang untuk membina sebuah oasis runcit, rekreasi dan kediaman holistik di pertengahan bukit Genting Highlands.

“Tropicana WindCity dibayangkan dengan Tropicana Paradise sebagai pemangkin, menawarkan syurga hiburan di tengah-tengah perbandaran.

“Projek ini akan mencatatkan pertumbuhan baharu untuk kumpulan serta menandakan perkembangan pemasaran pertama kami ke pasaran antarabangsa di seluruh rantau Asia Pasifik,” katanya.

Projek ini akan dibina bersama Tropicana Paradise, yang terdiri daripada komponen komersial dan kediaman seluas 308 ekar serta hab hiburan bersepadu seluas 38 ekar dengan cadangan kediaman perkhidmatan, hotel antarabangsa lima bintang, taman tema dan pusat beli-belah.

Tropicana Paradise mencadangkan kemudahan runcit dan hiburan Faktor tarikan hab ini juga termasuk satu juta kaki persegi ruang runcit dan 1.5 juta kaki persegi tarikan hiburan, dengan kemudahan yang dirancang seperti taman tema, pusat konvensyen, menara kaca bertingkat dan taman bertema antarabangsa.

Pelan induk Tropicana WindCity juga akan dilengkapkan dengan Tropicana Grandhill, tawaran seluas 112 ekar dengan cadangan hab kesihatan dan Tropicana Avalon, sebuah perbandaran seluas 176 ekar dengan kediaman berservis dan berjenama, kemudahan hospitaliti dan resort vila.

Selain itu, projek ini didatangkan dengan mod pengangkutan yang mampan, termasuk kereta kabel dan sistem trem elektrik, serta laluan pejalan kaki bertingkat yang direka bentuk dengan memikirkan kemudahan ketersambungan.

Infrastruktur yang dirancang ini menekankan mod pengangkutan yang lebih hijau, menggalakkan pelawat untuk gaya hidup bebas karbon ke arah masa depan yang lebih mampan, selaras dengan tumpuan Tropicana terhadap prinsip alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG).

Sementara itu, program kesetiaan T Privilege baharu dengan lima peringkat keahlian, iaitu privé, priority, emas, platinum dan berlian, menawarkan insentif seperti rebat istimewa bagi pembelian hartanah, ganjaran tunai rujukan, jemputan keutamaan untuk pelancaran dan acara gaya hidup, keistimewaan di Tropicana Golf & Country Resort serta kemas kini gaya hidup percuma melalui Majalah Tropicana.

Ahli juga boleh memanfaatkan 65 rakan saudagar dan jenama program, disusun khas untuk pelancaran dengan rancangan untuk menawarkan lebih banyak peniaga yang menarik pada masa hadapan.


You may also be interested in