You are using an outdated browser. Please upgrade your browser to improve your experience.

Utusan Malaysia - Tropicana Tawar Lebih 200 Hidangan Berbuka

2022-04-15 Utusan Malaysia - Tropicana Tawar Lebih 200 Hidangan Berbuka

PETALING JAYA: Tropicana Golf and Country Resort (TGCR), anak syarikat Tropicana Corporation Berhad (Tropicana), membawakan kembali bufet Santapan 29 Malam sem-pena buka puasa Ramadan ini, sehingga 2 Mei ini.

Pengunjung dijemput untuk menikmati penga-laman kulinari yang menarik dengan gaya kontemporari di Palm Coffee House, di kawasan sayap utama rumah kelab Tropicana.

Santapan 29 Malam menawarkan jamuan yang lazat dengan lebih 200 hidangan dan lebih 20 ge-rai yang menghidangkan hidangan berbuka puasa mewah, dengan harga serendah RM128 seorang untuk ahli dan RM148 untuk bukan ahli.


"Tropicana Golf & Country Resort ialah tempat yang sangat istimewa untuk semua, di mana kami melancarkan pusat pera-nginan utama yang pertama dan tempat kami memulakan perjalanan Mendefinisikan Semula Seni Hidup dalam semua yang dilakukan.


"Pada masa ini, Santapan 29 Malam menawarkan 'percutian gastrono-mi' untuk rakan dan keluarga berkumpul serta bergembira. Pengunjung dan tetamu boleh meneroka serta merasai hidangan tempatan dan antarabangsa, daripada bahagian makanan pang-gang kami yang meriah; hingga ke sudut konfeksi pastri yang menarik," katanya dalam kenyataan.

Antara hidangan menarik adalah nasi ayam bukhari, ikan tilapia panggang, ikan patin tempoyak, kari kepala ikan, bubur lambuk, sup gear-box dan apam balik rangup.


You may also be interested in