Utusan Malaysia - Tropicana Paradise di Genting Highlands
MAJLIS menandatangani memorandum perjanjian pembangunan projek Tropicana Paradise di Genting Highlands. Pahang antara Tropicana dan PowerChina, baru-baru ini.
Oleh NURFARAHIN HUSSIN ulusanekonomK甿edtarnuhd corn my PETALING JAYA: Pemaju har tanah, Tropicana Corporation Berhad (Tropicana) menjalin-kan perkongsian strategik den-gan Powerchina International Group Limited (PowerChina) untuk membangunkan projek Tropicana Paradise di Genting Highlands, Pahang.
Memorandum perjanjian itu ditandatangani antara Tropicana Inspirasi Indah Sdn. Bhd. dan Tropicana Inspirasi Impian Sdn. Bhd., anak syarikat milik penuh Tropicana dengan Powerchina International Group Limited ber-sama Sinohydro Corporation (M) Sdn. Bhd., anak syarikat milik penuh PowerChina.
Ketua Pegawai Eksekutif Kum-pulan Tropicana, Lee Han Ming berkata, kerjasama dengan PowerChina menunjukkan komit-men padu ke arah membina masa depan yang mampan serta pemil-ihan rakan strategik yang kukuh oleh Tropicana.
"PowerChina adalah syarikat tenaga global dan tersenarai di dalam Fortune 500 dengan latar belakang yang kukuh dalam in-dustri pembinaan dan kejuruter-aan.
"Dengan kepakaran dan pem-biayaan pembinaan, kami yakin PowerChina mampu membawa Tropicana Paradise ke peringkat yang lebih tinggi" katanya dalam kenyataan.
Tropicana WindCity adalah pembangunan perbandaran induk mega seluas 241-2 hektar, yang merangkumi Tropicana Paradise dengan keluasan 124.6 hektar sebagai pemangkin utama.
Kemuncak kepada Tropicana Paradise adalah hab hiburan bersepadu yang menawarkan pelba-gai pilihan hiburan dengan ruang bersaiz 1.5 juta kaki persegi di samping sejuta kaki persegi pilihan runcit di atas tapak seluas 15.4 hektar.