Utusan Malaysia - Tropicana Agih 200 pek Barang Keperluan
PETALING JAYA: Yayasan Tropicana, badan amal Tropicana Corporation Berhad mengagihkan 200 pek barangan kering dan barangan keperluan kepada rumah warga emas Chans, Shah Alam dekat sini sempena sambutan Tahun Baharu Cina.
Inisiatif tersebut dilaksanakan sejajar .dengan matlamat Yayasan Tropicana untuk menambah baik kehidupan rakyat Malaysia yang memerlukan sambil menangani kesan daripada isu sosial dan alam sekitar.
Pengarah Eksekutif Kumpulan Tropicana, Jared Ethan Angberkata, lawatan pihaknya ke Rumah Charts menunjukkan komitmen kumpulan yang tidak lupa kepada golongan yang memerlukan.
"Dengan kejadian banjir baru-baru ini, kami berharap dapat membantu menyebarkan keceriaan apabila diperlukan, sambil kami menciptakan semula seni penyayang dalam semua yang kami lakukan" katanya dalam kenyataan, semalam.
Yayasan Tropicana mengagihlcan barangan keperluan seperti pelitup muka serta barangan kering antaranya minyak masak, beras makanan dalam tin dan susu tepung.
Sebagai sebahagian daripada misi, Tropicana telah menyumbang lebih RM4.5 juta untuk tujuan amal pada 2021, daripada program bank makanan, program kesihatan dan pendidikan kepada usaha kitar semula.
Meneruskan komitmennya untuk meningkatkan kehidupan mereka yang memerlukan, Yayasan Tropicana akan menderma lebih RMl3,000 barangan keperluan kepada Ti-Ratana Welfare Society Malaysia pada sambutan Tahun Ba-haru Cina, 12 Februari nanti.
Inisiatif itu bertepatan dengan dua hari aktiviti menarik di Galeri Hartanah Tropicana Aman, Bandar Tropicana Aman sempena sambutan perayaan tersebut.