You are using an outdated browser. Please upgrade your browser to improve your experience.

Berita Harian - Kempen 'Tropicana 100' Dapat Sambutan Hebat

2021-08-14 Berita Harian - Kempen 'Tropicana 100' Dapat Sambutan Hebat

Persekitaran mencabar pasaran hartanah mendorong pemaju hartanah menampilkan kempen pemasaran menarik di samping tawaran produk vang menepati keperluan dan cita rasa pembeli.

Kempen pemasaran yang tepat membolehkan pemaju hartanah mencatatkan jualan yang baik di tengah-tengah persekitaran mencabar dicetuskan impak pandemik COVID-19.

Pemaju hartanah terkemuka, Tropicana Corporation Bhd antaranva mencatatkan jualan yang kukuh pada kempen 'Tropicana 100' dengan merekodkan jualan berjumlah RM712 juta.

Kempen berkenaan yang sejajar dengan keperluan pasaran menawarkan pembeli hartanah pulangan 100 peratus terhadapyuran tempahan, 100 peratus fleksibiliti tanpa faedah, 100 peratus yuran undang-undang ditanggung, 100 peratus perabot, 100 peratus pembiayaan dan 100 peratus ganjaran tambahan.

Pengarah Urusan Kumpulan Tropicana. Dion Tan, berkata adalah amat penting bagu pemaju hartanah bertindak balas kepada situasi semasa pasaran dengan menyediakan kempen berfokus pelanggan yang tepat.

Beliau berkata, sebagai pemaju hartanah komuniti, Tropicana bukan saja membangunkan rumah, tetapi membangunkan perbandaran yang selamat untuk komuniti tinggal.

“Kempen ini menunjukkan komitmen jangka panjang kami, mengiktiraf keperluan dan menyediakan platform mudah bagi pembeli memiliki hartanah Tropicana.

“Kami menghargai sokongan pembeli serta dedikasi pasukan pemasaran dan jualan kami dengan mengumpulkan rekod penjualan yang mengagumkan sebanyak RM712 juta." katanya dalam satu kenyataan.

Berikutan kejayaan itu, Tan berkata, pihaknya akan terns melancarkan campuran produkyang tepat dan penyelesaian pemilikan hartanah yang mudah untuk pembeli.

Banyak penjimatan Beliau berkata, kempen semasanya, ‘Tropicana FreeDOM’ menawarkan banyak penjimatan untuk pembangunan komersial dan kediaman Tropicana yang sudah siap dibina.

Katanya, hanya unit terhad saja yang masih ada kerana sebahagian besar pembangunan siap telah dilanggan sepenuhnya.

Kempen 'Tropicana FreeDOM' direka khusus untuk hartanah siap bina dibangunkan pemaju hartanah itu di seluruh Malaysia.

Pelabur atau pembeli berminat yang mencari pembangunan komersil dan kediaman yang telah siap di Lembah Klang, Pulau Pinang, Johor dan Kota Kinabalu akan gembira apabila mengetahui bahawa kempen itu menawarkan penjimatan yang besar pada unit hartanah siap untuk dihuni.

Pembeli dapat menikmati bayaran pendahuluan sifar, rebat sehingga 50 peratus, pembiayaan 100 peratus dengan Program HouzKEY Maybank Islamic serta penyelenggaraan percuma sehingga 10 tahun.

Ganjaran tambahan dua peratus akan diberikan kepada pembeli yang beijaya memperkenalkan dan menjual hartanah kepada keluarga dan kawan.

Di samping itu, kempen ‘Tropicana FreeDOM’ inembenarkan pembeli menikmati pulangan dan meraih manfaat Kempen Pemilikan Rumah (HOC) bagi lebih penjimatan.


You may also be interested in