You are using an outdated browser. Please upgrade your browser to improve your experience.

Makmur Johor - Tropicana Sumbang RM300,000 dan 6 Mesin EKG

2021-07-19 Makmur Johor - Tropicana Sumbang RM300,000 dan 6 Mesin EKG

JOHOR BAHRU, 19 Julai: Kerajaan Negeri dan Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) menerima sumbangan RM300,000 dan enam unit mesin Elektrokardiogram (EKG) daripada Tropicana Corporation Berhad, semalam.

Sumbangan wang tunai itu untuk Tabung Bencana Negeri Johor, manakala mesin EKG kepada JKNJ.

Menteri Besar, YAB Dato' Haji Hasni Mohammad menerima sumbangan berkenaan daripada Ketua Eksekutif Kumpulan Tropicana Corporation Berhad, Lee Han Ming.

Han Ming berkata, sumbangan itu adaiah komitmen syarikat berkenaan untuk bersama-sama menyokong usaha Kerajaan Negeri Johor memerangi pandemik COVID-19.

"Untuk tujuan ini, Tropicana Foundation menyumbang RM300.000 kepada Tabung Bencana Negeri Johor dan enam unit Mesin EKG bernilai RM80.000 kepada Jabatan Kesihatan Negeri Johor.

"Kami berharap sumbangan ini dapat membantu JKNJ merawat pesakit dan memberi lebih banyak kemudahan kepada masyarakat kerana bagi kami, semua pihak harus bersatu memerangi COVID-19 supaya kita dapat kembali menjalani kehidupan normal seperti sediakala," katanya.


https://makmurjohor.com/berita/tropicana-sumbang-rm300000-6-mesin-ekg/


You may also be interested in