You are using an outdated browser. Please upgrade your browser to improve your experience.

Utusan Malaysia - Tropicana Lancar Rumah Konsep Bespoke Pertama

2021-07-7 Utusan Malaysia - Tropicana Lancar Rumah Konsep Bespoke Pertama

PETALING JAYA: Tropicana Corp. Bhd. (Tropicana) melancarkan T.Living, siri rumah diperibadi-kan pertama yang memboleh-kan pelanggan menetapkan tema warna, reka bentuk rumah serta ciri pintar mengikut cita-rasa mereka sendiri.

Konsep penyesuaian rumah T.Living 'Rumah anda, pilihan anda' ini akan mula dilancar-kan di Freesia Residences yang terletak di Tropicana Aman, Kota Kemuning.

Pengarah Urusan Kumpulan Tropicana, Dion Tan berkata, kumpulan sentiasa komited untuk membina perbandaran bersepadu yang membantu orang ramai hidup, bekerja, be-lajar dan maju bersama.

"Dengan penyelesaian khu-sus T.Living, kami mengga-bungkan kediaman Tropicana dengan reka bentuk khas pilihan yang lebih menarik dan sistematik.

"Secara tidak langsung, pe-milik boleh memberikan pen-dapat, menambah sesuatu ciri mengikut kehendak mereka dan menjimatkan masa. Kami harap perkhidmatan T.Living ini boleh dikembangkan lagi kepada lebih ramai pemilik di masa hadapan," katanya dalam kenyataan.

Freesia Residences terdiri daripada vila tasik dan taman dua tingkat yang menawarkan 5+1 bilik tidur dan gaya hidup banglo.

Vila-vila ini berkeluasan anta-ra 3J69 kaki persegi dan 5,354 kaki persegi, dijual dengan harga bermula dari RM1.85 juta.


Konsep penyesuaian rumah T.Living mempunyai pilihan dua palet warna untuk Freesia Residences iaitu Alba dan Oberon.

Diilhamkan oleh freesias putih, tema Alba membawa warna Spring yang berseri dan menyegarkan, sementara tema Oberon memberi penghorma-tan kepada watak freesia musim panas yang kaya tetapi lembut dengan gabungan palet neutral, mewujudkan pandangan semu-la jadi tetapi kontemporari.

T.Living juga menyediakan pilihan kelengkapan antara pakej asas dan premium. Pa-kej asasnya tanpa kos tamba-han dan menambah skrin bilik mandi utama dengan pintu kaca, hab rumah pintar Blu-guard Z-Wave termasuk raka-man kamera litar tertutup (CCTV), interkom video, sensor gerakan serta penggera sensor magnet dan getaran di tingkat bawah.


You may also be interested in