You are using an outdated browser. Please upgrade your browser to improve your experience.

Berita Harian - Tropicana Yakin Pasaran Hartanah Kembali Rancak

2021-04-22 Berita Harian - Tropicana Yakin Pasaran Hartanah Kembali Rancak

Ang (dua dari kanan) pada pelancaran aplikasi Tropicana 360 dan wajah baharu laman web Tropicana di Petaling Jaya semalam.

Tropicana Corporation Bhd giat menjalankan beberapa projek hartanah yang dijangka terus memberikan pendapatan berte-rusan kepada kumpulan.

Pengarah Eksekutif Kumpulan Tropicana, Jared Ang, berkata antara projek yang akan memberi nilai dalam tempoh beberapa tahun akan datang kepada kumpulan adalah di Langkawi, Kedah serta Genting Highland, Pahang.

"Selain itu, projek kediaman serta komersial yang lain di wilayah tengah juga akan menjadi penyumbang utama kepada pendapatan kumpulan," katanya.

Beliau berkata demikian selepas pelancaran aplikasi Tropicana 360 dan wajah baharu laman web syarikat di Petaling Jaya, semalam.

Ang berkata, industri hartanah di Malaysia dijangka menunjukkan trend positif tahun ini selepas merekodkan prestasi suram pada tahun lalu disebabkan pandemik COVID-19.

Beliau berkata, pemulihan itu seiring dengan perkembangan semasa disebabkan ketersediaan vaksin COVID-19 serta lonjakan beberapa sektor lain yang mendorong ekonomi untuk kembali meningkat.

Justeru, katanya, unjuran positif itu akan membantu kumpulan untuk terus merekodkan prestasi kewangan yang lebih memberangsangkan tahun ini berbanding 2020.

"Kami yakin industri hartanah akan kembali meningkat dan pasaran akan kembali rancak. Malah, pada tahun kewangan yang lalu, kumpulan merekodkan prestasi kewangan yang memberangsangkan di sebalik kemelut COVID-19.

Mengenai aplikasi dan pemba-haruan laman web syarikat, Ang berkata, pandemik COVID-19 pantas menukar kehendak peng-guna ke arah digital, justeru kumpulan harus mengambil langkah segera dalam pendigitalan.

"Digital adalah satu keperluan dan semuanya mudah dan pantas. Tropicana mengambil peluang ini untuk mengukuhkan lagi kehadiran kami serta mem-pelbagaikan lagi cabang pendigitalan kepada pembeli sedia ada dan pembeli baharu.

"Aplikasi Tropicana 360 ketika ini dalam fasa pertama, yang memberikan akses kepada pembeli sedia ada kediaman Tropicana serta ahli kelab Tropicana.

"Fasa kedua akan dipelbagaikan merangkumi pusat membeli belah, hotel dan resort rangkaian kumpulan. Malah, laman web baharu kami juga pelbagai dan memberi akses mudah kepada pembeli baharu yang ingin mencari kediaman dengan beberapa fungsi menarik seperti pengiraan pinjaman daripada 18 bank serta kaedah pantas pembelian rumah"katanya.


You may also be interested in