You are using an outdated browser. Please upgrade your browser to improve your experience.

Berita Harian - Tropicana Tumpu Kempen

2022-08-27 Berita Harian - Tropicana Tumpu Kempen

Kempen jualan, perkongsian agresif dan pemulihan progresif dalam aktiviti ekonomi akan membantu merangsang pertumbuhan Tropicana Corporation Bhd.

Pengarah Urusan Kanan Tropicana, Joanne Lee, berkata pemaju hartanah itu melancarkan banyak kempen proaktif tahun ini seperti Multi-Million Mania, Tropicana Power Up serta Tropicana go-go FIT, yang semuanya mendapat maklum balas positif.

"Kempen Multi-Million Mania contohnya mencatatkan kejayaan yang memberangsangkan dengan menarik 5,600 peserta dan menjana RM524.2 juta tempahan hartanah dan RM10.7 juta jualan runcit di Tropicana Gardens Mall.

"Kami akan terus memanfaatkan kempen yang mengutamakan pelanggan untuk mendapatkan lebih banyak jualan dan kekal optimistik terhadap prospek jangka panjang kumpulan.

"Di samping itu, kami akan terus membangun dan memasarkan perbandaran Tropicana di pelbagai lokasi strategik, yang dijangka menyumbang secara tumpu kempen positif kepada pendapatan masa hadapan kumpulan," katanya dalam kenyataan, semalam.

Mengulas lanjut, Lee berkata, Tropicana terus mendedahkan simpanan tanah yang menawarkan lapan pembangunan baharu dengan nilai pembangunan kasar (GDV) lebih RM2.9 bilion, bagi mempercepatkan pertumbuhan kumpulan.

"Kami akan terus menginovasi projek kami sambil menyesuaikan diri dengan sentimen pasaran, namun pada masa sama kekal setia dengan DNA pembangunan Tropicana," katanya.

Tropicana merekodkan kerugian sebelum cukai (LBT) sebanyak RM61.5 juta pada suku kedua berakhir 30 Jun 2022 berbanding LBT RM43.5 juta pada suku sama tahun sebelumnya.

Kerugian lebih besar itu disebabkan terutamanya oleh pengebilan kemajuan lebih rendah di seluruh projek utamanya di Lembah Klang dan Wilayah Selatan kerana kebanyakan projek berada pada peringkat awal hingga pertengahan pembinaan. Pendapatan pemaju hartanah - itu bagaimanapun meningkat 8.4 peratus kepada RM211.42 juta pada suku dikaji berbanding RM195 juta yang dicatatkan pada suku sama tahun lalu.

Pendapatan lebih tinggi itu dirangsang oleh peningkatan dalam pelaburan hartanah, rekreasi dan operasi resort kumpulan berikutan pembukaan semula sempadan sejak 1 April 2022.

Bagi prestasi separuh pertama berakhir 30 Jun 2022, Tropicana mencatatkan pendapatan sebanyak RM434.7 juta, RM80,000 lebih rendah jika dibandingkan dengan tempoh yang sama pada tahun sebelumnya.

Kumpulan merekodkan LBT sebanyak RM97 juta bagi tempoh enam bulan pertama ini berbanding LBT sebanyak RM24.1 juta dalam tempoh sama pada tahun sebelumnya.


You may also be interested in