You are using an outdated browser. Please upgrade your browser to improve your experience.

Harian Metro - Tropicana Diiktiraf Pemaju Terbaik

2021-11-30 Harian Metro - Tropicana Diiktiraf Pemaju Terbaik

Kuala Lumpur: Acara Anugerah Hartanah PropertyGuru Asia (Malaysia) Ke-lapan yang berlangsung baru-baru ini, menyaksikan Tropicana Corporation Bhd diumumkan sebagai Pemaju Terbaik iaitu kejayaannya bagi tahun kedua berturut-turut.

Syarikat pemaju itu merangkul enam anugerah emas dan dua penghargaan, termasuk Pemaju Terbaik (Malaysia Tengah) yang baru diperkenalkan serta Anugerah Pembangunan Bertanah Mewah Terbaik bagi projek Tropicana Aman -Freesia Residences.

Pemenang bagi anugerah itu yang mendapat sokongan penajaan platinum, Kohler diumumkan dalam majlis penyampaian secara maya pada 25 November lepas yang turut berperanan sebagai platform bagi menghargai serta mengiktiraf pencapaian sektor hartanah Malaysia dalam 25 kategori termasuk penghargaan khas dan baharu.


You may also be interested in