You are using an outdated browser. Please upgrade your browser to improve your experience.

Kosmo Niaga - Tropicana Cari Rakan Kerjasama Baharu

2021-07-28 Kosmo Niaga - Tropicana Cari Rakan Kerjasama Baharu

PETALING JAYA - Pemaju hartanah, Tropicana Corporation Berhad (Tropicana) kini mengintai peluang untuk menjalin kerjasama baharu sempena ulang tahun ke-25 Program Pengkongsian Pintarnya yang telah berjaya menghasilkan pelbagai pembangunan ikonik di negara ini. 

Pengasas dan Naib Pengerusi Eksekutif Kumpulan, Tan Sri Tan Chee Sing berkata, program Perkongsian Pintar Tropicana bermula pada 1996 apabila Kumpulan melaksanakan kerjasama strategik dengan Perbadanan Ke-majuan Negeri Selangor (PKNS) untuk membangunkan per-bandaran seluas 164 hektar di Tropicana Indah Resort Homes.

Menurut beliau, pada tahun 2010. Kumpulan berkongsi dengan Iskaridar Waterfront Sdn. Bhd. untuk membangunkan pembangunan bercampur seluas 14.9 hektar, dikenali sebagai Tropicana Danga Bay, Johor.

Sejak itu, Tropicana telah di-jemput menyertai pelbagai kerjasama dengan syarikat besar tempatan dan luar negara seperti Ivory Properties Group, Marriott International, HK-listed Agile Property Holdings Ltd., GEMS Education, MBI Incorporated, Tenby Schools dan Temokin Development Sdn. Bhd.

"Sehingga kini, Kumpulan telah bekerjasama dengan 11 entiti dan menyiapkan lebih 45 projek daripada pembangunan bercampur, perbandaran, kediaman mewah, sekolah antarabangsa, pusat belibelah sehinggalah hotel bertaraf dunia dengan jumlah nilai pembangunan kasar (GDV) lebih RM13 billon," katanya dalam kenyataan.

Selain itu, Chee Sing berkata, pihaknya berbesar hati dengan kepercayaan yang telah diberi-kan dan disokong pengurusan berkebolehan serta tenaga kerja yang komited, Tropicana kini ber-sedia untuk menerima kehadiran lebih ramai rakan kerjasama.

"Kami juga memiliki lebih 849 hektar bank tanah dengan GDV lebih RM77 bilion di lokasi strategik di Lembah Klang, Genting Highlands, Langkawi dan Johor.

"Untuk memacu daya tahan perniagaan dan meningkatkan rancangan pengembangan, kami mengajak pemilik tanah untuk bergabung dan memanfaatkan kepakaran kami.

"Kumpulan juga mengalu-alukan mana-mana syarikat untuk bekerjasama membangunkan bank tanah secara bersama-sama, jelas beliau.


You may also be interested in