You are using an outdated browser. Please upgrade your browser to improve your experience.

Utusan Malaysia - Untung Bersih Tropicana Melonjak 56.3 Peratus

2021-05-21 Utusan Malaysia - Untung Bersih Tropicana Melonjak 56.3 Peratus

PETALING JAYA: Keuntungan bersih Tropicana Corp. Bhd. (Tropicana) melonjak 56.3 peratus kepada RM8.4 juta untuk suku pertama tahun ini, berbanding RM5.4 juta tahun sebelumnya.

Pendapatan syarikat turut meningkat 68.5 peratus kepada RM240.5 juta berbanding RM142.7 juta tahun lalu.

Peningkatan pendapatan dan keuntungan bersih pada suku tahun ini dipacu penjualan dan kemajuan positif di semua projek utama di Lembah Klang dan selatan tanah air.

Pengarah Urusan Kumpulan, Dion Tan berkata, syarikat telah memberikan hasil yang positif walaupun belum pernah terjadi sebelumnya dan akan terus optimis terhadap pertumbuhannya.

Ujarnya, walaupun kumpulan telah mengungguli pasar sejauh ini, namun pihaknya masih berhati-hati ekoran pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 30 di seluruh negara kini.

"Kami akan terus tangkas dan bertindak segera terhadap selera pasaran. Kami menghargai komitmen dan sokongan luar biasa daripada pasukan kami dan kami akan terus memantau pasaran dengan teliti.

"Selain memberikan penji-matan besar dengan kempen Tropicana 100, kami juga mempercepat perjalanan digitalisasi dengan meningkatkan ekosistem Tropicana menerusi aplikasi pemaju Tropicana 360 serta laman web yang dikemas kini untuk meningkatkan pengala-man pelanggan " katanya dalam kenyataan.

Pendapatan kumpulan sebanyak RM240.5 juta pada suku semasa adalah RM116.2 juta atau 32.6 peratus lebih rendah jika dibandingkan dengan suku sebelumnya yang berakhir pada 31 Disember 2020.

Pendapatan lebih tinggi berbanding suku tahun sebelumnya mencerminkan penyelesaian pelupusan dua bidang tanah pembangunan pegangan bebas di Johor Bahru, dengan jumlah pertimbangan sebanyak RM157.4 juta yang secara relatifnya menjadikan tiada tanah pelupusan pada suku semasa.

Untung sebelum cukai kumpulan yang dicatat sebanyak RM19.3 juta adalah RM104.2 juta lebih rendah daripada suku sebelumnya yang berakhir pada 31 Disember 2020.

Ini disebabkan kenaikan hasil penjualan dua bidang tanah pembangunan pegangan bebas pada suku sebelumnya yang disebutkan di atas berjumlah hingga RM98.1 juta.


You may also be interested in