You are using an outdated browser. Please upgrade your browser to improve your experience.

Sinar Harian - Paisley Serviced Residence @ Tropicana Metropark

Paisley Serviced Residence @ Tropicana Metropark

Paisley Serviced Residences @ Tropicana Metropark Lokasi: No.1, Jalan Delima 1/1, Subang Hi-Tech, Subang Jaya, Selangor Pemaju: Tropicana Corporation Berhad Jenis hartanah: Service Residence Tahun siap: 2020 PAISLEY Serviced Residence merupakan projek pembangunan bersepadu di Subang Jaya dengan laluan terus dari Lebuhraya Persekutuan. Menampilkan konsep reka bentuk yang lebih segar di kediaman, ruang niaga, tempat runcit dan kawasan rekreasi, Tropicana Metropark adalah lokasi terbaik untuk kediaman, pusat perniagaan dan tempat untuk beriadah. Turut mementingkan kehijauan alam sekitar, pembangunan Paisley Serviced Residences dibina dengan landskap ' indah yang akan menjadi tumpuan untuk aktiviti santai. la merupakan sebahagian misi pembangunan ke arah kehidupan sejahtera. Dilengkapi pelbagai kemudahan seperti kolam renang, taman permainan, dewan serba guna serta pelbagai gelanggang sukan, kedudukan Paisley Serviced Residences juga strategik dengan pelbagai pusat tumpuan termasuk pasar raya, sekolah dan pusat perubatan


You may also be interested in