You are using an outdated browser. Please upgrade your browser to improve your experience.

Harian Metro - Tropicana Tawar Hadiah Menarik

2022-11-18 Tropicana Tawar Hadiah Menarik

Pembeli hartanah daripada pemaju terkenal, Tropicana Corporation Berhad ( Tropicana) berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik menerusi kempen, Journey ofa Lifetime.

Dua tiket penerbangan kelas pertama ke destinasi popular di Eropah antara hadiah yang ditawarkan kepada bakal pembeli serta pelbagai insentif istimewa lain seperti pakej IKEA bernilai RM30,000. 


Selain itu. bakal pembeli juga berpeluang mendapat duti setem, Memorandumof Transfer (MOT) dan banyak lagi bergantung kepada hartanah yang dibeli.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Joanne Lee berkata, kempen yang diadakan sehingga 31 Disember ini membabitkan beberapa projek pembangunan iaitu Tropicana Aman, Tropicana Cenang, Tropicana Gardens, Tropicana Grandhill dan Tropicana Metropark.

Kata Joanne, pihaknya percaya, membeli hartanah antara keputusan terbesar dalam hidup dan mahu bersama di sisi bakal pembeli sepanjang perjalanan mereka untuk mendapatkan kediaman yang diingini.

“Untuk itu, kami menawarkan pelbagai tawaran menarik untuk dimenangi menerusi kempen ini apabila anda membeli hartanah Tropicana sepanjang tempoh berkenaan.

“Kempen ini memenuhi keperluan semua golongan pembeli sama ada yang pertama kali membeli hartanah, pemilik perniagaan, pelabur, untuk meningkatkan taraf kehidupandan sebagainya,” katanya.


You may also be interested in