Berita Harian - Tropicana, Affin Bank Bantu Pembeli Rumah
Tropicana Affin Bank bantu pembeli rumah, bolehkan pemilikan kediaman dengan bayaran bulanan lebih rendah.
Tropicana Corporation Bhd bekerjasama dengan Affin Bank menyelesaikan isu pembiayaan rumah menerusi kempen Home Step Fast/i.
Inisiatif pemilikan gaya hidup yang disasarkan kepada pembeli rumah kali pertama, keluarga muda dan pelabur hartanah, kempen Home Step Fast/i mem-bolehkan pembeli memiliki rumah idaman dengan bayaran bulanan lebih rendah sam-bil menikmati aliran tunai lebih besar selama lima tahun selepas penyerahan.
Inisiatif itu dilaksanakan di tengah-tengah sentimen pasaran semakin bertambah baik, dengan permohonan pinjaman rumah sedang meningkat.
Pengarah Urusan Kanan, Pe-masaran & Jualan Tropicana, Joanne Lee yang berkongsi me-ngenai kerjasama itu dan strate-gi kumpulan untuk menyokong agenda perumahan negara ber-kata, menurut data Bank Negara Malaysia (BNM), sentimen pasaran adalah positif dengan jumlah pinjaman yang dipohon untuk pembelian hartanah meningkat 9.2 peratus tahun ke tahun kepada RM28.6 bilion pada Februari dengan kadar dasar semalaman (OPR) agak rendah pada 2.00 peratus.
"Kerjasama Tropicana dengan Affin Bank adalah tepat pada waktunya dengan peningkatan permintaan dan persekitaran yang kondusif, kerana kempen Home Step Fast/i mengurangkan tuntutan bayaran muka, sekali gus memudahkan perjalanan pemilikan rumah terutama untuk pembeli dan keluarga muda" katanya dalam satu kenyataan.
Beliau berkata, kempen itu membolehkan pembeli menikmati aliran tunai yang lebih besar, sekali gus boleh digunakan untuk perbelanjaan selepas penyerahan seperti duti setem atau kos ubah-suai, malah boleh disimpan untuk perbelanjaan lain ketika mereka mula membi-na keluarga, kerjaya atau perniagaan.
"Kerjasama dengan Affin Bank mewakili fokus kumpulan terhadap kerjasama pintar dan penyelesaian inovatif, ketika ia meneruskan moto 'Redefining the Art of Living'," katanya.
Kempen Home Step Fast/i disediakan untuk semua hartanah kediaman siap atau sedang dibina Tropicana di bawah Akta Pemajuan Perumahan 1996 ber-nilai RM500,000 dan ke atas.
Ini termasuk Aman 1 dan Hana Residences di Tropicana Aman, perbandaran terbesar kumpulan seluas 863 ekar di Kota Kemuning; dan Edelweiss Serviced Residences di Tropicana Gardens, pembangunan bersepadu berorientasikan transit di Tropicana Indah, Petaling Jaya.