Utusan Malaysia - Tropicana WindCity Genting Highlands Dilancar
PETALING JAYA: Tropicana Corp Bhd. melancar-kan Tropicana WindCity, pembangunan seluas 596 ekar di Genting Highlands, Pahang, baru-ba-ru ini.
Dalam majlis sama, syarikat itu turut me-lancarkan T Privilege, program kesetiaan di-pertingkatkan yang di-sandarkan oleh aplikasi mudah alih Tropicana 360.
Pengarah Urusan Kumpulan Tropicana, Dion Tan berkata, me-nerusi Tropicana Wind-City, pihaknya meran-cang untuk membina sebuah oasis runcit, re-kreasi dan kediaman holistik di pertengahan bukit Genting Highlands.
"Tropicana WindCity dibayangkan dengan Tropicana Paradise sebagai pemangkin, menawarkan syurga hiburan di tengah-te-ngah perbandaran.
"Projek ini akan men-catatkan pertumbuhan baharu untuk kumpulan serta menandakan perkembangan pemasa-ran pertama kami ke pasaran antarabangsa di seluruh rantau Asia Pasifik," katanya.
Projek itu akan di-bina bersama Tropicana Paradise, terdiri daripada komponen ko-mersial dan kediaman seluas 308 ekar serta hab hiburan bersepadu seluas 38 ekar dengan cadangan kediaman perkhidmatan, hotel antarabangsa lima bin-tang, taman tema dan pusat beli-belah.
Faktor tarikan hab itu juga termasuk satu juta kaki persegi ru-ang runcit dan 1.5 juta kaki persegi tarikan hiburan, dengan kemu-dahan yang dirancang seperti taman tema, pusat konvensyen, me-nara kaca bertingkat dan taman bertema antarabangsa.