You are using an outdated browser. Please upgrade your browser to improve your experience.

Utusan Malaysia - Tropicana Sumbang 0.4 Hektar Tanah Untuk R&R Di Langkawi

2022-03-04 Utusan Malaysia - Tropicana Sumbang 0.4 Hektar Tanah Untuk R&R Di Langkawi

PETALING JAYA: Tropicana Corporation Berhad (Tropicana) terus komited untuk membina komuniti di Pulau Langkawi, - Kedah dengan menyumbang tapak seluas 0.49 hektar kepada kerajaan negeri bagi pembinaan Pusat Rehat dan Rekreasi (R&R) Pantai Kok di pulau tersebut.

Tanah pusat rekreasi seluas 0.49 hektar bernilai RM2.5 juta itu akan dibangunkan dengan kerjasama kerajaan negeri Kedah dan dijangka siap menje-lang suku ketiga tahun ini.

Ia akan menampilkan tu-juh lot komersial berbanding lima lot sedia ada serta tandas, surau, dan lebih 70 kemuda-han tempat letak kenderaan merangkumi kereta, motosikal dan basikal. Pengarah Eksekutif (Projek) Tropicana, Khoo Thian Shyang berkata, inisiatif ini akan me-nyaksikan pengubahsuaian dan peningkatan kemudahan sedia ada pusat itu untuk memberi - perkhidmatan yang lebih baik kepada masyarakat Langkawi.

"Majlis pecah tanah hari ini menandakan satu lagi kejayaan bagi Tropicana, menandakan komitmen kami terhadap membina sebuah perbandaran yang mampan dan bertenaga di Langkawi. 

"Pusat Rehat dan Rekreasi Pantai Kok terletak berhampiran pembangunan Tropicana yang akan datang di kawasan itu, dan kami berbangga menjadi rakan kerjasama Majlis Perbandaran Langkawi untuk meningkatkan komuniti setempatkatanya dalam kenyataan.

Majlis pecah tanah yang di-adakan semalam dirasmikan oleh ADUN Air Hangat, Datuk Juhari Bulat, ADUN Air Hangat.

Pusat R&R Pantai Kok me-lengkapkan projek Pantai Kok Tropicana yang akan datang, dalam pembangunan bercam-pur bersepadu seluas 44.61 ekar.

Ia adalah sebahagian dari-pada bank tanah pemaju seluas 127.84 ekar di Langkawi, dengan bidang tanah di Tanjung Rhu, Pulau Rebak Kecil and Bukit Mali.

Projek perumahan terbaha-runya, Tropicana Cenang terdiri daripada suite perkhidmatan moden dengan pemandangan laut di tanah seluas 5.28 ekar di tepi Pantai Cenang yang meriah dan sibuk dengan pengunjung.



You may also be interested in